Sebentar saya mencicip sebutir karipap di cafe bilal, membuatkan saya terfikir tentang satu perkara.
Manusia secara asasnya mempunyai kebolehan untuk berfikir secara rasional dan bijak dalam sesuatu perkara. Namun ada yang sesetengahnya menggunakan akal mereka hanya untuk berilmu tetapi tidak mengamalkankan apa yang dipelajari.
jika kita lihat pada sirah atau sejarah ulama2 terkenal, sebagai contoh saya ambil adalah imam as-syafie.
Dalam kesungguhan imam syafie mencari ilmu dan berhujah, beliau tidak lupa untuk beribadat secara TOTAL kepada allah ta'ala. Imam a-syafie sangat mengutamakan pengetahuna dan disiplin ilmu. Jika kita lihat waktu malamnya, beliau membahagikan masa malam nya kepada tiga bahagian iaitu :
1- 1/3 malam untuk berehat
2- 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan
3- 1/3 malam untuk beribadat pada allah taala
Namun, jika kita lihat pada konteks pelajar sendiri, terutanya pelajar IPTA, saya tidak nampak apa tujuan mereka untuk belajar. Adakah sekadar menghabiskan segulung ijazah dan kemudian Grad dan tidak menyumbangkan apa2?
bagi saya sendiri, sikap seorang pelajar yang pandai amat saya perhatikan. Saya lihat begitu ramai pelajar yang "dean list" dan sungguh bagus dalam akademiknya, tetapi fail atau gagal hidupnya dalam beribadat pada allah ta'ala.
Mereka berhujah dengan pensyarah, bertanyakan pelbagai soalan. dan ini sudah cukup bagus sekali. Namun, dimana kebergantungan mereka secara total pada allah ta'ala.
Saya ambil contoh imam syafie, suatu ketika pada zaman khalifah harun ar-rasyid yang pada ketika itu sedang marah kepada kaun syiah yang cuba menggulingkan kerajaan abbasiah dan mendirikan kerajaan Alawiyah, pada ketika itu semua kaum syiah ditangkap dan tidak semena2, imam syafie juga ditangkap dan dirantai tangannya.
Apabila imam syafie dibawa menghadap khalifah dan para pembesar dengan merangkak kerana kakinya dirantai, imam syafie menyerahkan semuanya kerana allah.
dan imam syafie mengatakan :
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”
Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Secara ringkasnya, imam syafie kemudian dibebaskan dan dimuliakan oleh khalifah harun ar-rasyid kerana ilmunya.
Tetapi, hakikat pelajar hari ini, mereka lupa untuk melaksanakan kewajipan mereka. Mereka tidak tinggal solat, ya! ini tepat sekali, namun mereka lupa untuk solat berjemaah, baca quran, berzikir dan sebagainya.
Kalau pelajar yang berfikiran seperti ini, tidak memegang pada hal-hal yang sunat, bagaimanakah mereka boleh diklasifikasikan sebagai "pandai"? saya lebih "respect" orang yang kurang pandai dalam akademik tetapi ilmunya diamalakan, ibadatnya terjaga dari segala segi.
Saya akhiri artikel ini dari kata-kata dari as-syahid syed qutub sebelum beliau syahid di tali gantung :
"Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim..."
Pengenalan kepada Ilmu Kalam (Bahagian 3)
20 hours ago



